Saturday, May 23, 2009

ANVIL

The Story of ANVIL


Sekiranya anda mempunyai sebuah kumpulan, kumpulan anda pula sudah berusia lebih 30 tahun dan anda sendiri sudah di usia emas, hanya berpegang kepada impian untuk satu hari nanti anda akan menjadi rock star, adakah anda akan mampu bertahan?

Anvil, sebuah kumpulan dari Toronto, Kanada telah membuktikan yang mereka masih bertahan walaupun realiti kehidupan meskipun mereka tidak hidup di dalam istana mewah dan tidak memiliki kapal terbang sendiri seperti Iron Maiden.

Anvil - The Story of Anvil adalah sebuah filem dokumentari yang di arahkan oleh Sacha Gervasi yang berkisar tentang kumpulan Anvil. Anvil mula terkenal sekitar awal 80'an selepas mengeluarkan album Hard 'n' Heavy dan Metal to Metal. Dengan campuran muzik heavy metal, speed metal dan thrash, kumpulan ini menjadi salah satu influence kepada kumpulan-kumpulan besar dunia. Salah satunya ialah Metallica.

Secara keseluruhan, filem dockumentari ini lebih menonjolkan Steve "Lips" Kudlow (guitar / vocal) dan Robb Reiner (drum) meneruskan pejuangan muzik mereka. Babak kekeluargaan, lucu dan sedih telah menjadikan filem ini mampu menjadi inspirasi kepada kumpulan-kumpulan baru yang ingin terus bertahan. Turut menampilkan Lars Ulrich (Metallica), Scott Ian (Anthrax), Lemmy (Motorhead) dan juga Slash (Guns n Rosses / Velvet Revolver).

Tak rugi aku jumpe dvd nie masa aku jejalan kat Pekan Kuah aritue. Almaklumlaa.. Langkawi nie bukan ade mende pon. Pusing2 dok situ la jugak.

-Adi

No comments:

Post a Comment