Thursday, January 7, 2010

FIRASAH - SI PENANGGAL DEMO (2009) OUT NOW





Sorry lah. Aku dah lama tak buka blog aku nie. Selalunya aku akan update info terbaru untuk rancangan aku Rock D'lfm. Sebelum nie management LANGKAWIfm pon dah bising sebab dj tak update blog masing-masing.

FIRASAH yang baru-baru ni aku jumpe beraksi sebagai pembuka tirai semasa showcase Guitar Wars di ibu negara pada 27 disember lalu. Secara jujur, firasah mungkin akan menjadi kumpulan seterusnya yang akan meneruskan legasi rock kangkang Malaysia. Selesai saja mereka membuat persembahan pada malam itu, gitaris mereka, iaitu si Metal Lan (Main telan??) telah di fire oleh semua anggota Firasah atas sebab attitude. Ya, tak lain tak bukan sikap poyo individu sememangnya mendatangkan kebencian di mata masyarakat yang memandang. termasuk aku. hahaha.

So cerita balik pasal demo. Ini antara demo terbaik yang aku dengar setakat ini. Kerja rakaman dilakukan di studio saudara Mokhtar di Subang. Demo yang mengandungi 2 lagu ini hasil penulisan Firasah sendiri yang dipengaruhi kuat oleh kumpulan-kumpulan heavy metal era 80'an seperti Iron Maiden, Tokyo Blade dan banyak lagi. Jadi nak taknak aku kena la main lagu dierg kat dalam radio. haha

So bagi anda yang ingin mendapatkan demo ini, boleh layari laman myspace mereka di myspace.com/firasah.

Terimalah seadanya kumpulan Firasah a.k.a Komando Kapak Malaysia. FIRASAHHHHHH!!!!! (jerit kuat-kuat sambil buat isyarat tangan macam orang tengah ramas telor) jangan marah Derrick. keke


-Adi

1 comment:

  1. halaaa di~
    gune la gambo bekaler..pnat2 aku kaler tawuuu...kikikiki

    ReplyDelete