Thursday, January 7, 2010

FIRASAH - SI PENANGGAL DEMO (2009) OUT NOW





Sorry lah. Aku dah lama tak buka blog aku nie. Selalunya aku akan update info terbaru untuk rancangan aku Rock D'lfm. Sebelum nie management LANGKAWIfm pon dah bising sebab dj tak update blog masing-masing.

FIRASAH yang baru-baru ni aku jumpe beraksi sebagai pembuka tirai semasa showcase Guitar Wars di ibu negara pada 27 disember lalu. Secara jujur, firasah mungkin akan menjadi kumpulan seterusnya yang akan meneruskan legasi rock kangkang Malaysia. Selesai saja mereka membuat persembahan pada malam itu, gitaris mereka, iaitu si Metal Lan (Main telan??) telah di fire oleh semua anggota Firasah atas sebab attitude. Ya, tak lain tak bukan sikap poyo individu sememangnya mendatangkan kebencian di mata masyarakat yang memandang. termasuk aku. hahaha.

So cerita balik pasal demo. Ini antara demo terbaik yang aku dengar setakat ini. Kerja rakaman dilakukan di studio saudara Mokhtar di Subang. Demo yang mengandungi 2 lagu ini hasil penulisan Firasah sendiri yang dipengaruhi kuat oleh kumpulan-kumpulan heavy metal era 80'an seperti Iron Maiden, Tokyo Blade dan banyak lagi. Jadi nak taknak aku kena la main lagu dierg kat dalam radio. haha

So bagi anda yang ingin mendapatkan demo ini, boleh layari laman myspace mereka di myspace.com/firasah.

Terimalah seadanya kumpulan Firasah a.k.a Komando Kapak Malaysia. FIRASAHHHHHH!!!!! (jerit kuat-kuat sambil buat isyarat tangan macam orang tengah ramas telor) jangan marah Derrick. keke


-Adi

Saturday, May 23, 2009

ANVIL

The Story of ANVIL


Sekiranya anda mempunyai sebuah kumpulan, kumpulan anda pula sudah berusia lebih 30 tahun dan anda sendiri sudah di usia emas, hanya berpegang kepada impian untuk satu hari nanti anda akan menjadi rock star, adakah anda akan mampu bertahan?

Anvil, sebuah kumpulan dari Toronto, Kanada telah membuktikan yang mereka masih bertahan walaupun realiti kehidupan meskipun mereka tidak hidup di dalam istana mewah dan tidak memiliki kapal terbang sendiri seperti Iron Maiden.

Anvil - The Story of Anvil adalah sebuah filem dokumentari yang di arahkan oleh Sacha Gervasi yang berkisar tentang kumpulan Anvil. Anvil mula terkenal sekitar awal 80'an selepas mengeluarkan album Hard 'n' Heavy dan Metal to Metal. Dengan campuran muzik heavy metal, speed metal dan thrash, kumpulan ini menjadi salah satu influence kepada kumpulan-kumpulan besar dunia. Salah satunya ialah Metallica.

Secara keseluruhan, filem dockumentari ini lebih menonjolkan Steve "Lips" Kudlow (guitar / vocal) dan Robb Reiner (drum) meneruskan pejuangan muzik mereka. Babak kekeluargaan, lucu dan sedih telah menjadikan filem ini mampu menjadi inspirasi kepada kumpulan-kumpulan baru yang ingin terus bertahan. Turut menampilkan Lars Ulrich (Metallica), Scott Ian (Anthrax), Lemmy (Motorhead) dan juga Slash (Guns n Rosses / Velvet Revolver).

Tak rugi aku jumpe dvd nie masa aku jejalan kat Pekan Kuah aritue. Almaklumlaa.. Langkawi nie bukan ade mende pon. Pusing2 dok situ la jugak.

-Adi

Tuesday, May 19, 2009

HAIR METAL BAWAAN STEEL PANTHER



Zaman sekarang nie memang dah banyak band yang main semula muzik style lama. Aku pon tak sure kenape tapi salah satu sebab mungkin muzik zaman sekarang dah terlampau bosan especially muzik indie.

Tapi dalam banyak-banyak band, aku ter - attract kat band Steel Panther nie. Dengan image glam metal ala-ala Cinderella, Motley Crue, dan juga Poison (Poison?? hahaha)single mereka bertajuk Death to All but Metal semakin mendapat perhatian pendengar di US.

Band ini berasal dari Hollywood, CA dan baru-baru ini telah beraksi di festival muzik besar di UK tak lain tak bukan, Download Festival. Band 4 piece ini terdiri daripada Michael Star (Vox), Satchel (Guitar), Lexxi Foxxx (Bass), dan Stix Zadinia (Drum). Untuk mengetahui dengan lebih detail mengenai kumpulan ini, layari laman www.myspace.com/steelpantherkicksass

Disclaimer!!!! - Perlu diingatkan muzik Steel Panther mengandungi kata-kata lucah dan kesat yang melampau. Jadi sila guna budi bicara masing-masing.

-Adi

IRON MAIDEN DENGAN FLIGHT 666

IRON MAIDEN YANG SAJE YANG TAYANG KAPAL TERBANG SENDIRI




Terus terang aku dah tak sabar nak tengok filem dokumentari terbaru arahan Sam Dunh dan Scott Mc Fayden nie. Sebelum nie, ye lah, Sam Dunh penah keluarkan dua filem dokumentari (rock - umentari) "Metal: A Headbanger's Journey" dengan "Global Metal" yang bagi aku telah berjaya mengupas dengan detail tentang musick Metal.

Dengar citer, dalam Iron Maiden : Flight 666 nie lebih berkisar mengenai band Iron Maiden sendiri semasa tour Somewhere Back in Time pada tahun lepas. Jadi celah-celah tu saje saje je dierg menayang kapal terbang diorang Ed Force One (nama nak macam Air Force One je)yang dipandu sendiri oleh Bruce Dickinson selaku frontman band ini.

Ni ade trailer mengenai filem ni yang aku rembat kat youtube. korang layan la dulu. esok-esok dvd cetak rompak dah dijual di pasaran gelap, kita layan sama-sama ok.


Thursday, May 14, 2009

UNTUK ORANG-ORANG MELAYU YANG SUKA PECAH BELAHKAN BANGSA SENDIRI

AKU BENCI UMNO
AKU BENCI PAS
AKU BENCI KEADILAN

AKU BENCI KORANG SEMUA. SEBAB KORANG MASYARAKAT KITA BERPECAH BELAH.
DAN ANTARA KORANG TAK ADE SEORANG PON YANG CUBA AMBIK TINDAKAN MENYATUKAN BANGSA SENDIRI.
MASING-MASING SIBOK DENGAN PARTI POLITIK SENDIRI.

TAPI AKU TAK LUPA DEKAT KORANG. AMBIK LAGU NIE..AKU TUJUKAN KAT KORANG SEMUA



TAJUK LAGU : WARISAN
KOMPOSER : Y.B. Dato' Dr. Nordin Kardi

Tuesday, April 14, 2009

Selamat Datang Ke Blog Aku

Aku dah lama la tak menaip. Pastu, aku punya penulisan nie tak gempak macam blogger-blogger lain. Tapi aku cubalah tulis yang terbaik. Selamat datang ke blog aku.
-Adi